Jan 23, 2011

Whooosh~I

Zaman sekarang semua orang nak cepat.Kalau keluar ke mana-mana,semuanya nak cepat sampai.Makan tu,kalau boleh telan satu pinggan sekaligus lagi senang.Masa bercerita kalau boleh nak sekali nafas saja dah habis.Buat kerja kalau lagi cepat habis lagi bagus-tak kisahlah perform ke tak.Kalau dah keluar nak cepat balik.Kalau datang kelas,baru sampai dah nak balik.SMS pula,kalau cepat boleh jadi raja SMS.Pertandingan Sudoku kalau cepat habiskan, dapat duit.Bab assignment lagilah..kalau memang boleh menaip dengan begitu cepat,Thank God.
Pendek kata,semua nak cepat,semua kena cepat..cepat,cepat,cepat..
Memang tak dinafikan dalam era globalisasi ni,masa itu emas.Banyak ciptaan dan kemudahan yang disediakan supaya kita semua boleh melajukan diri masing-masing dan berupaya menjimatkan serta mengejar masa.Contoh:
1)Highway-Highway dibina untuk mempercepatkan perjalanan kan?Jadi untuk cepat,kita memang akan bergerak laju.Kalau ada highway,mesti ada tol punya.Dulu beratur bukan main panjang nak bayar tambang supaya akak tol naikkan penghadang tu dan kita boleh teruskan perjalanan.Tak lama lepas tu,Touch N' Go pula diperkenalkan.Masa ni bukan main seronok buka tingkap..excited nak 'touch' kad pada reader.Canggih dan cepat sikit,daripada kelam kabut cari duit syiling nak bayar tol.Manusia tak pernah puas.Keinginan untuk selari dengan perkembangan teknologi telah melahirkan Smart Tag.Wah,ini lagi canggih dan lagi cepat.Tak perlu lagi susah-susah buka tingkap.Cuma perlahankan kereta supaya boleh di'tag'  dan bila Smart tag device tu berbunyi,jalanlah...tunggu apa lagi kan?Kata nak cepat...
Peringatan:Untuk kedua-dua jenis tag, anda layak menikmati layanan sebegini sekiranya kad Touch N' Go anda mempunyai kredit yang mencukupi.Jika tidak,anda akan menanggung azab kerana terpaksa mengundurkan kereta anda untuk ke lorong yang tak ada 'tag' diiringi dengan bunyi hon yang memaki dan bahana amarah pemandu lain.Malu?Ah,perkara biasa.

2)Pengangkutan awam:(merujuk kepada perjalanan yang dekat saja)Dulu naik bas saja dah kira okaylah.Walaupun panas dan lambat,namun tambang lebih murah daripada naik teksi.Sekarang ada LRT,KTM,Monorail dll.Tambang pun murah juga.Tapi lebih cepat dan kesemuanya confirm ada air-cond.Cakap saja nak ke mana,hampir semua tempat ada.Eh,tapi jangan pandang enteng pada bas.Bas-bas sekarang tak kurang hebatnya.Diaorang sekarang ada air-cond,laju..em,bolehlah.Nama pun nak 'Rapid'.Bezanya,kalau tengah waktu puncak,sekurang-kurangnya golongan kereta api pendek tetap bergerak walaupun manusia di dalamnya sangat sardin.Tapi,nasib lebih malang kalau jadi sardin dalam bas.Tak bergerak satu hal,air-cond pun tak lagi terasa dalam kepanasan yang memuncak.Cabaran terbesar- menahan diri daripada terhidu 'armpit essence' di sekitar.Kesimpulannya,suka hatilah nak naik mana-mana pengangkutan awam,sendiri naik,sendiri tanggunglah..kata nak cepat...Teksi?Ini yang cepat dan murah saja..cepat dan mahal kami tak mahu!

3)Telefon bimbit:Dulu telefon bimbit sebesar botol air mineral Spritzer 500 ml tu.Tapi,dengan bertambahnya golongan bijak pandai,saiz telefon bimbit menjadi semakin kecil sehingga tak perlu kot dibimbit lagi.Lihat saja di mana-mana.Saiz telefon menjadi semakin kecil,nipis,dan ringan.Tak perlu lagi simpan dalam beg (takut tak jumpa) tapi lebih baik simpan dalam poket.Bagaimana telefon cebet ini menyumbang kepada kecepatan?Kita semakin cekap menggunakan jari jemari.Berkat berlatih SMS setiap hari  membolehkan kita mempunyai koordinasi tangan yang baik.Lebih-lebih lagi dalam keadaan genting seperti memukul nyamuk semasa tidur,memukul lalat yang mengganggu semasa sedang makan dan juga mengangkat tangan untuk menjawab soalan.Kita tak perlu lagi sibuk-sibuk berbalas surat,tapi terus saja berhubung dengan mereka yang berkenaan.Confirm tak membazir kertas,dan tenaga kerana mesej dapat disampaikan dengan cepat sekali.Sekarang,dengan kewujudan laman sosial yang glamor seperti Facebook (FB) dibantu dengan kecanggihan telefon cebet ini,maka,status fb, lokasi semasa,segala perasaan,keadaan,dan kejadian cepat saja diupdatekan.Memang fuh,cepat beb!


4)Kad ATM/Kad Kredit:Dulu tak semua orang mampu nak memiliki kad kredit ni.Kalau bukan anak hartawan,kayawan atau beradawan,gigitlah jari sampai putus.Sekarang,tak payah cerita.Bukan anak datuk saja ada,anak nenek,anak mak,anak ayah dan segala anak ada akses kepada kad kredit.Bukannya apa,bila keperluan cukup,kemahuan meningkat.Kipas kiri sikit,kanan sikit,lepaslah.Mother Nature pun geleng kepala.Bezanya,jumlah kad kredit yang dimiliki,limit,dan nama bank.Kad ATM,lagi tak payah cerita.Kalau tak ada limit dan charge yang dikenakan bagi mengeluarkan duit dari mesin ATM,mahu sehari 20 kali pergi tekan duit.Itupun kalau ada lagi duit yang boleh ditekan keluar selepas 10 kali withdraw!Ini pun cepat juga.Cepat habis duit...

Pendek kata,banyak aspek kehidupan pada hari ini yang menggunakan konsep cepat.Di sini,konsep ini dihuraikan secara prima facie sahaja.Penulis tidak berminat untuk berdebat dengan lebih lanjut.
-Bersambung-


No comments: